Pihak berkuasa singapura menjangkakan trafik sesak secara berterusan di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjelang hujung minggu ini susulan sambutan Tahun Baharu Cina.<br /><br />Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan berkata, warga Singapura yang mahu ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat hingga Jumaat ini harus mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan Imigresen.
